WiPEY – Gerenti Konfiden Menunggang Dalam Hujan

2836

WiPEY direka untuk menjaga visor anda bersih dalam hujan. Tidak perlu lapisan salutan, tidak perlu lagi mengelap jari sambil satu tangan lagi memegang hendal bar yang pastinya mengundang bahaya.

Menunggang motosikal dalam hujan cukup bahaya.Ada beberapa faktor yang bakal mengundang padah andainya hilang fokus. Memakai topi keledar mahal,jaket kalis air ataupun memakai baju hujan yang mahal.Adakah anda pasti selamat? 

Dalam hujan lebat, penunggang tidak dapat melihat lalu lintas dengan jelas. Pada waktu malam keadaan semakin buruk. Menunggang motosikal dalam hujan boleh menjadi sangat berbahaya.



Teknoloji hari ini berkembang maju.WiPEY,satu alat keselamatan revolusiner telah direka untuk pengunaan oleh penunggang motosikal sewaktu hujan.Telah teruji dan meningkatkan keselamatan sewaktu menunggang dalam hujan.

Apa itu WiPEY?

WiPEY dihidupkan dengan satu kuasa bateri.Pengunaan kuasa di minimumkan supaya dapat berfungsi secara berterusan dari min 3 jam hingga maksima 12 jam. 

Ianya adalah bentuk aerodinamik dan sangat kecil; ia adalah 50 peratus lebih kecil berbanding dengan kamera. Bermaksud ianya tidak ketara apabila memasangnya pada topi keledar.

Hanya beberapa saat untuk dipasang pada topi keledar dan tambahan satu saat untuk melampirkannya ke visor helmet anda,cukup mudah.

Ia juga berfungsi seperti pengelap cermin kereta.Pengelapnya boleh dilajukan atau perlahan.Dengan menekan butang yang tersedia ada WiPEY akan berfungsi mengikut kemahuan penunggang.

Adakah WiPEY sesuai untuk semua Topi Keledar?

Ketinggian visor adalah sama untuk setiap saiz (XS-XXL) pada kebanyakan topi keledar berjenama. Itulah sebabnya mengapa ianya sesuai dengan hampir semua saiz topi keledar dari XS hingga XXL.

Kami masih belum mendapat sebarang info,siapakah yang akan membawa masuk WiPEY ke negara kita.

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here