Pemilik terkejut lihat nombor kenderaan miliknya kena klon

3162

Polis Daerah Brickfields menahan seorang lelaki kerana dipercayai menggunakan nombor pendaftaran kereta palsu, baru-baru ini. Berdasarkan video yang tular (di bawah), pemilik menunjukkan nombor kenderaan miliknya kena klon dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid yang dipetik dalam Berita Harian berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 30 tahun itu dibuat di hadapan sebuah hotel berhampiran Midvalley, Kuala Lumpur, pada jam 2 petang pada 3 Mei lalu.

Katanya, ia berdasarkan maklumat daripada orang awam selepas menjumpai sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang menggunakan nombor pendaftaran serta jenis kenderaan sama seperti dimilikinya.



“Hasil pemerhatian selama 30 minit di lokasi berkenaan. Seorang lelaki muncul dan masuk ke dalam kenderaan terbabit dan ditahan sejurus kemudian.

“Semakan terhadap nombor chasis mendapati pendaftaran asal kenderaan itu bukanlah VCC 6218. Sebaliknya, ia didaftarkan di atas nombor lain dan pemiliknya juga adalah orang lain,” katanya.

Suspek yang tinggal di ibu negara itu ditahan dan kenderaannya juga turut dirampas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 56 saat tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki terkejut selepas menjumpai sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran sama dengan dimilikinya (klon) di hadapan sebuah hotel.

Dalam video berkenaan, lelaki itu dilihat memeriksa nombor pendaftaran serta cukai jalan pada kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam terbabit. Justeru itu, dia memberitahu akan melaporkannya kepada polis.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here