Ini mungkin sebabnya kepala Ysuku menjadi sasaran!

5757

Sejak kebelakangan ini, difahamkan sudah dua kes kecurian kepala Yamaha Ysuku yang berlaku di sekitar Lembah Klang. Kejadian itu berlaku dalam tempoh kurang sebulan kebelakangan ini dan ia membuatkan ramai pemilik Y15ZR V2 tidak senang duduk meletak motosikal di tempat sunyi.

Kebanyakan kepala yang dicuri adalah motosikal baharu yang mungkin baru digunakan dalam tempoh kurang sebulan.



Kepala Ysuku ini sebenarnya sudah ada dijual di Malaysia, cuma harganya boleh diibaratkan terlalu mahal selepas ada yang menjual antara RM500 sehingga melebihi RM1,000.

Mungkin kerana harga yang terlalu mahal, kepala Ysuku menjadi sasaran untuk yang mahu menukar versi lama kepada baharu.

Dinasihatkan, jika mahu bikin motosikal menjadi lawa, lebih elok kumpul sendiri duit untuk tukar kepala V2.

Perbuatan mencuri ini, seperti kita semua tahu, adalah satu kesalahan sama ada undang-undang dunia atau akhirat.

Akhir sekali, perbuatan mencuri kepala Ysuku ini akan menyusahkan pemiliknya dari segiĀ  kewangan, masa dan jiwa.

Yamaha

Yamaha Motor Company Limited adalah pengeluar motosikal Jepun, produk marin seperti bot dan motor luar, dan produk bermotor lain. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1955 semasa pemisahan daripada Yamaha Corporation (walaupun Yamaha Corporation masih merupakan pemegang saham terbesar dengan 9.92%, sehingga 2017), dan beribu pejabat di Iwata, Shizuoka, Jepun. Syarikat itu menjalankan operasi pembangunan, pengeluaran dan pemasaran menerusi 109 anak syarikat yang disatukan pada 2012.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here