GP Perancis – Hamilton raih petak utama

199

LE CASTELLET, Perancis: Lewis Hamilton meraih petak utama ketiganya pada 2019 apabila mengungguli sesi kelayakan Formula Satu (F1) Grand Prix GP Perancis dengan rakan sepasukannya, Valtteri Bottas melengkapkan barisan depan buat Mercedes.

Juara dunia lima kali itu, yang bergelut untuk menyaingi kepantasan Bottas pada dua sesi latihan bebas sebelum ini melakukan masa sepusingan terpantas 1 minit 28.319 saat.GP Perancis

Ia adalah petak utama ke-86 dalam karier pelumba kelahiran Britain itu, yang memenangi perlumbaan pada tahun lalu selain melengkapkan barisan hadapan ke-63 buat pasukan Mercedes.

Pelumba Ferrari, Charles Leclerc akan memulakan perlumbaan di petak ketiga diikuti pelumba , Max Verstappen manakala pelumba Britain, Lando Norris mencatatkan masa kelima terpantas bersama 

Rakan sepasukan pelumba baharu itu, Carlos Sainz mencatatkan masa keenam terpantas diikuti pelumba Ferrari, Sebastian Vettel. Yang berdepan masalah kotak gear ketika sesi kelayakan ketiga.

Pelumba Renault, Daniel Ricciardo mengisi petak kelapan diikuti pelumba tuan rumah, Pierre Gasly dari Red Bull dan pelumba Alfa Romeo, Antonio Giovinazzi.

“Ia bukan litar yang mudah,” kata Hamilton. “Ia amat teknikal dan Valtteri pantas sepanjang minggu. Saya agak kurang efektif tetapi dua pusingan terakhir membantu saya.”

Bottas dalam pada itu akur dengan prestasi yang ditampilkan Hamilton di sesi kelayakan.

“Saya fikir Lewis memperoleh pusingan yang amat baik. Perbezaan di antara kami berdua amat sedikit sepanjang minggu dan ia mengenai perincian.” 

Komen anda mungkin membantu