Kompaun RM300 lewat perbaharui lesen? Ini penjelasan JPJ

1887

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenakan kompaun kepada kesalahan tidak memperbaharui lesen memandu yang tamat tempoh sepertimana yang tular di media sosial.

JPJ memperjelaskan bahawa risalah yang tersebar luas di laman media sosial adalah berkenaan KESALAHAN MEMANDU TANPA LESEN MEMANDU YANG SAH DAN TAMAT TEMPOH di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak JPJ menyatakan bahawa pemandu kenderaan atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh akan dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.

Jadi, saman RM300 untuk kesalahan ini adalah perkara biasa, ya. Bukan benda baharu. Setakat ini jika hendak perbaharui lesen tamat tempoh, tiada kompaun dikenakan.

Dan selepas ini janganlah sewenang-wenangnya kita kongsikan berita tidak sahih. Sebagai pengguna media sosial bertanggungjawab, hendaklah kita sahkan sumber sesuatu berita itu sebelum mengkongsikannya.

Komen anda mungkin membantu