Bocor!!! Imej sebenar Honda Winner X aka Honda RS150 V2-‘Merecik hawau’

8729

Sebelum majlis pelancaran Honda Winner 150 X, sudah tersebar luas berhubung imej penuh motosikal itu di media sosial di Vietnam.

Honda Vietnam dikatakan bakal memperkenalkan generasi baharu jentera mopednya menerusi Honda Winner 150 pada 13 Julai ini, atau di Malaysia ia lebih dikenali sebagai RS150 R.

Berdasarkan gambar yang tular semalam, model itu dikenali Honda Winner 150 X dengan menampilkan dengan ciri baharu sekali gus tampak berbeza berbanding model sebelumnya.

Honda Winner 150 X generasi kedua (V2) itu tidak lagi mempunyai lampu utama di kepala, tetapi ia diletak pada badan hadapan bahagian bawah.

Kebiasaan, rekaan lampu seperti itu boleh dilihat pada motosikal skuter yang ada dijual di negara ini. 

Pada bahagian lampu utama juga, kelihatan seperti dilengkapi dengan lampu siang (DRL).

Meter kelajuannya juga didatangkan dengan ciri digital termasuk RPM, selain dilengkapi posisi gear.

Namun, perumah lampu belakangnya pula mungkin ada rakan-rakan kita yang tidak menyukainya kerana lampu isyarat sudah di reka semula sepenuhnya. Ini kerana lampu isyarat dan lampu brek sudah direka secara berasingan.

Selain itu, satu perkembangan yang sangat menarik apabila ini adalah model moped pertama dipadankan sistem brek anti kekunci (ABS).

Kalau macam ini reka bentuk baharu, memang boleh dikatakan ia sangat cantik dan bergaya. Bagi pasaran Malaysia, mungkin ambil masa yang agak lama untuk tiba di pasaran negara ini.

Namun, kami pasti akan memaklumkan kepada anda jika ada perkembangan berhubung Honda RS150 V2 nanti.

Komen anda mungkin membantu