Galeri: Diesel Drag 2019: 2nd Episode

3166

Baru-baru ini diadakan acara perlumbaan drag melibatkan trak pikap, iaitu Diesel Drag 2019 yang diadakan di litar drag Pekan, Pahang.

Litar drag berdekatan Taman Tasik Sultan Abu Bakar Pekan ini merupakan antara yang terbaharu di negara ini dan terletak juga berdekatan dengan Litar Pekan Speedway.



Acara ini dianjurkan pada 13 Julai lepas oleh Pahang Truckerz, iaitu komuniti yang menghimpunkan peminat dan pemilik kenderaan pacuan empat roda (4×4) seluruh Pahang.

Kira-kira 100 peserta menyertainya, dan peserta bukan sahaja dari Pahang, malah dari negeri-negeri lain seperti Selangor, Terengganu dan Johor.

Berikut adalah kategori yang dipertandingkan, yang terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu autoshow dan drag.

Kategori Autoshow:

  1. Monster
  2. Street

Kategori Drag:

  1. OEM Ford Ranger
  2. OEM Nissan Navara
  3. OEM Isuzu D-MAX
  4. OEM Toyota Hilux
  5. OEM Mitsubishi Triton
  6. OEM Open
  7. True Street Open
  8. King Pro Open

Selain dari acara utama di atas, terdapat juga gathering atau aktiviti berkumpul kelab serta pertunjukan drift menampilkan jentera BMW E36.

Acara ini cukup meriah dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung termasuk orang awam dan berlarutan hingga ke tengah malam.

Antara penaja utama Diesel Drag 2019 adalah Proseped Malaysia Dragster, Atoyot Motorsport, Kemaman 4×4 Accessories, NIQ Air-Cond, Tech5Auto Kuantan, dan M5 Sticker Kuantan.

Jemput lihat galeri gambar yang kami himpunkan, kredit kepada rakan jurukamera kami di sana, Raziman Sipico dan Shah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here