Tiga skuter Vespa bergaya diperkenalkan, dari RM12,500

3293

Naza Premira Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Vespa di Malaysia telah memperkenalkan tiga skuter Vespa sporti dan bergaya – Vespa Primavera S 150, Vespa Sprint S 150 dan Vespa S125 Carbon Edition.

Vespa Primavera S 150



Sebagai pengganti Vespa Primavera 150 ABS, Primavera S 150 ini membawakan ciri klasik Vespa dengan lebih pembaharuan, gaya dan sporti.

Ia dilengkapi rim aloi aluminium 12-inci untuk tunggangan optima di semua keadaan. Primavera S 150 dipacu enjin 150cc i-Get satu-silinder empat-lejang yang mesra alam, namun tetap berkuasa.

Skuter ini boleh didapati dalam tiga warna; Red Profondo, Black Vulcano dan White Innocenza, serta dijual pada harga RM16,400.

Vespa Sprint S 150

Vespa ini pula menggantikan Vespa Sprint 150 ABS, ia direka untuk menjadi yang paling berkuasa dalam keluarga Vespa.

Ciri menyerlah padanya termasuklah tempat duduk baharu, ekzos kelabu cerah serta kemasan hitam dan putih. Nadi S 150 ini masih enjin i-Get bersesaran 150cc satu-silinder empat-lejang yang direka agar mudah untuk dikemudi di kawasan bandar.

Sprint S 150 hadir dalam tiga warna – Blue Vicace, Grey Materia dan Black Vulcano – dan dijual pada RM17,400.

Vespa S125 Carbon Edition

Membawakan warisan Vespa klasik 70-an, Vespa S125 Carbon Edition ini boleh dibezakan dengan gaya agresif dan perincian karbon serta pelekat S merah pada rimnya. Ia turut mendapat corak “Tricolore” seperti bendera Itali sebagai trademark.  

Dilengkapi rim 11-inci hitam yang sporti, Vespa S125 Carbon Edition dipacu enjin i-Get 125cc satu-silinder. Skuter ini turut mendapat lampu depan petak, tempat duduk dinamik dan ruang simpanan yang boleh dibuka.

Terdapat dalam dua warna iaitu Black Vulcano dan White Innocenza, S125 Carbon Edition dijual pada harga RM12,500.

Anda boleh lihat dengan lebih dekat model-model skuter vespa ini yang akan dipamerkan di Sunway Pyramid hari ini sehingga 11 Ogos 2019.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here