Tech3 ucapkan selamat tinggal untuk pertarungan kelas Moto2

1642

Tech3 ucapkan selamat tinggal untuk pertarungan kelas Moto2. Belum lagi reda dengan isu penarikan diri oleh Zarco. Kini satu lagi perubahan mendadak oleh KTM.

Berita yang mengejutkan, keputusan KTM untuk menarik diri sebagai pembekal casis Moto2.



Pasukan Tech3 akan menamatkan penglibatan di kelas Moto2 setelah tamat musim 2019 dan memasukan Red Bull KTM yang baru dalam kelas Moto3 pada musim depan.

Pasukan Tech3 melancarkan casisnya sendiri dari permulaan kelas Moto2 pada tahun 2010.

Pengurus pasukan Tech3 Herve Poncharal, berkata “”Saya benar-benar memahami dan menyokong keputusan KTM Tech3 ucapkan selamat tinggal untuk pertarungan kelas Moto2 dan menumpukan usaha pada Moto3 dan MotoGP.”

Beliau juga berharap pelumba yang terpilih bersedia pada tahun depan dengan jadual serta latihan yang agak sibuk.

Tambah beliau, itu merupakan amanat dan harapan dari Red Bull KTM.

Setakat ini belum ada pelumba yang telah diumumkan untuk projek Tech3 Moto3 yang baru.

Projek Tech3 Moto3 merupakan sebahagian dari rancangan jangka panjang KTM dalam “mengalakkan” pelumba muda.

Pengarah Motosport KTM, Pit Beirer menegaskan, ini akan menjadi asas yang sangat kuat untuk masa depan anak muda yang berbakat. Ia adalah sebahagian daripada strategi global kami dalam MotoGP.

 

 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here