Goodyear Eagle F1 SuperSport RS ialah tayar khas untuk Porsche 911

2621

Tayar yang dipilih untuk 911 GT3 RS generasi terbaharu dan 911 GT2 RS ialah dari Goodyear, iaitu Eagle F1 SuperSport RS. Tayarnya adalah bersaiz 265/35 ZR 20 (99Y) XL (depan) dan 325/30 ZR 21 (108Y) XL (belakang).

Bugatti Chiron

Kebanyakan supercar, hypercar dan kereta berprestasi tinggi seperti Bugatti Chiron, BMW M3, Nissan GT-R R35 menggunakan tayar yang dibangunkan khas untuk mereka.

Porsche 918 Spyder

Porsche pun tidak terkecuali. Model prestasi tinggi seperti GT3 RS dan 918 Spyder menggunakan tayar khas dari Michelin.



Menurut ketua jurutera Porsche Motorsport, Jan Frank, tayar prestai tinggi ultra dari Goodyear itu menepati kehendak ekstrim 911 GT2 RS.

Peringkat akhir pembangunan adalah ujian catatan masa yang dilakukan di litar ujian terbaharu Porsche yang terletak di Nardo, Itali. Pemilihan tayar Eagle F1 SuperSport RS itu juga menandakan kembalinya Goodyear ke dalam segmen UUHP (Ultra Ultra High Performance).

Porsche 911 GT2 RS menggunakan senario pemanduan yang ekstrim dan mencabar. Kereta itu menyalurkan 700hp dan 750Nm tork yang tiba seawal 2,500rpm, dan hanya melalui tayar belakang. Jadi piawaian tayar untuk ini sangatlah tinggi.

Dengan ini, tayar Goodyear Eagle F1 SuperSport RS dengan label NO akan dibekalkan di wakil pengedar Porsche. Ia menjamin prestasi dan ketepatan stereng terbaik dalam keadaan kering.

Goodyear mengadaptasi beberapa teknologi terbaharu dengan tayar ini. Pertamanya, kompaun perlumbaan sebenar digunakan, dengan alur yang sangat keras.

Pembinaan tayar juga memerlukan teknik istimewa, diambil dari pengalaman Goodyear dalam bidang perlumbaan.

Ketiga, bahu tayar atau bahagian luarnya menampilkan rekaan lebar dan keras untuk menyerap dan mengawal semua daya dari pemanduan berkelajuan tinggi dengan baik untuk kestabilan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here