Apakah maksud dan nama Saga?

6829

Proton Saga 2019 baru sahaja dilancarkan minggu lepas. Ia memberikan pembaharuan dan naik taraf dari segi penggayaan, ciri-ciri, mekanikal, kesenyapan kabin dan paling penting, lebih nilai untuk wang. Namun dalam kita sibuk dengan hype Saga buat masa ini, pernahkah kita terfikir apa maksud dan nama Saga? Adakah ia mempunyai apa-apa makna di sebalik namanya itu?

Ia dijual pada harga bermula RM32,800 hingga RM39,800 dan merupakan satu-satunya kereta di bawah RM40k yang didatangkan dengan electronic stability control (ESC).



Dua teori paling kuat adalah; pertama, biji Saga. Ya, yang berwarna merah tu. Tetapi macam tak membawa sebarang maksud signifikan, bukan?

Keduanya, maksud dan nama Saga ialah era atau zaman, dimana era Proton muncul sebagai pengeluar kereta nasional pertama di Malaysia. Ia juga sedikit-sebanyak merevolusikan pembangunan industri negara kita.

Tetapi sebenarnya, kedua-dua teori atau tekaan di atas tidak betul. Saga sebenarnya membawa maksud Safety, Achievement, Greatness, Ability = S.A.G.A.

Ya, penulis pun baru tahu!

Nama dan maksud itu diberi oleh Sarjan (B) Ismail Jaafar. Dia mendapat idea itu semasa bermain Scrabble bersama beberapa rakan – kesemuanya dari Bahagian Kedua Tentera Darat di Pulau Pinang – dimana beliau ketua kerani.

Ismail berfikir panjang dan keras ke atas perkataan itu sebelum dia membuat keputusan untuk menyerahkan nama Saga untuk pertandingan kereta nasional. Pertandingan itu telah diadakan sebelum pelancaran Proton Saga pada September 1985.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here