Perodua Axia 2019 dari RM24k sahaja! Varian baharu STYLE

1969

Perodua kini membuka tempahan bagi Perodua Axia 2019 – hatchback segmen-A yang telah diperbaharui untuk menawarkan rakyat Malaysia lebih nilai, lebih gaya serta ciri keselamatan canggih.

Enam varian ditawarkan yaitu E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu STYLE – ditawarkan dengan harga tentatif RM24,090 hingga RM43,190 (atas jalan tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia).



Semua varian dikuasakan dengan enjin 1.0-liter 1KR-VE VVT-i yang disambung kepada transmisi manual lima-kelajuan pada varian E dan transmisi automatik 4-kelajuan untuk varian-varian lain.

Aspek paling menarik, jentera ini juga kini menerima ASA 2.0 (Advanced Safety Assist 2.0) yang mula diberikan pada SUV Aruz. Tetapi ASA ini hanya diberikan kepada varian AV.

ASA 2.0 terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (kelajuan sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 80 km/j), Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.

Selain itu, semua varian dari GXtra dan ke atas dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman (TRC), dan semua varian kecuali E mempunyai ABS dengan EBD.

Perodua Axia juga akan kekal menjadi kenderaan paling jimat bahan api di Malaysia, dan ia merupakan kereta pertama diberikan penarafan EEV sejak mula diperkenalkan pada 2014.

Perodua Axia 2019 didatangkan dengan jaminan 5-tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here