Kawasaki Z 900 RS Cafe dengan teknologi moden

2942

Pernahkah pembaca melihat kelibat Kawasaki Z 900 RS Cafe di jalanraya?

Sewaktu Tester menunggang uji di jalanraya, ramai memuji kecantikan model ini. Warna Lime Green jelas terserlah era 70an.



Hampir 1 tahun menunggu akhirnya berpeluang juga menunggang Kawasaki Z 900RS Cafe.Kalau sudah lama menunggu pastinya hebat motosikal ini.

Z 900 RS

Z900RS Cafe lebih kurang sama dengan adik beradiknya iaitu Kawasaki Z 900 RS. Tetapi Z 900 RS Cafe punyai keistimewaan tersendiri.

Tester dapati Z 900RS Cafe, Suspensi depan dibekalkan dengan fork jenis terbalik. Sementara monoshock belakang boleh di laraskan mengikut keselesaan penunggang.

 

Nampaknya Z 900RS Cafe bukan sekadar berbeza rupa, pastinya gaya menunggang pun berbeza.

Pelana Z 900RS Cafe ini agak tinggi dan tidak mengikut speksifikasi model asas Cafe iaitu 820mm. Hendal bar ternyata lebih rendah dan mendatar.

Nampaknya beban semasa menunggang akan turun sepenuhnya kepada kedua belah tangan. Seolah-olah menunggang superbike walaupun gaya sporty yang kurang ekstrim di tawarkan oleh model ini.

Tersedia visor pengadang angin bertujuan memberikan perlindungan angin lebih baik, sesuai buat mereka yang menunggang secara agresif. Tetapi bagi penunggang yang tinggi mungkin perlukan visor lebih tinggi.

Enjin 4 silinder bersesaran 948cc. Pada sesi ujian di jarak jauh terbukti kuasa yang diberikan oleh Z 900RS Cafe mantap serta mampu bersaing di dalam kelasnya.

Enjin ini menjana tork 97.6Nm (6,500rpm), Tester cukup teruja setiap kali mendengarkan bunyi ekzos diperbuat dari keluli tahan karat (stainless steel).

Tester pernah menguji Kawasaki Z 900 RS.Dari segi pecutan ternyata Z900 RS Cafe tidak begitu agresif jika dibandingkan dengan model Z 900 RS.

 

Aspek keselamatan, usah risau model ini dilengkapi dengan kawalan traksi (TRC) 2 mod dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).Tidak banyak kelemahan yang terdapat pada Z 900 RS Cafe.

Hanya dua isu yang di temui setelah selesai tunggang uji.

1) kusyen (seat) agak tinggi. Masaalah buat penunggang rendah.

2) Hendal bar rendah dan mendatar. Beban sewaktu menunggang keseluruhannya ditanggung oleh kedua belah tangan.

Dua isu tersebut bukanlah isu besar,malah dengan sedikit modifikasi akan memberi keselesaan sewaktu menunggang.

Harga yang ditawarkan RM 72,372 tidak termasuk cukai Jalan,insuran dan yuran pendaftaran.

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here