Harga Volvo Polestar 2 di UK didedah – RM258k untuk First Edition

2060

Model baharu Polestar yang kedua, erm yang dinamakan Volvo Polestar 2, merupakan model eksekutif kompak elektrik sepenuhnya dari jenama prestasi Volvo.

Polestar mahukan 2 untuk bukan sahaja menandingi Tesla Model 3, tetapi juga untuk menetapkan standard di dalam segmennya.



Harga permulaan untuk varian tinggi First Edition pada £49,900 (RM258k) agak tinggi berbanding harga pesaing dari Tesla, iaitu di bawah £40,000 (RM206k). Tetapi dengan jarak pemanduan melebihi 490km, Polestar 2 mempunyai alasan kukuh untuk harga itu.

Baik, kini untuk angka-angka lebih mustahak. Polestar 2 dikuasakan oleh dua motor elektrik yang menerima janaan pek bateri lithium-ion 76kWh yang membolehkannya mencapai jarak 500km.

Kuasa ialah 402hp, dengan tork sebanyak 660Nm boleh didapati dari mula bergerak. Pecutan 0-10km/j pula dikatakan bawah 5 saat.

Polestar 2 dibina di atas platform Compact Modular Architecture syarikat itu, yang juga menjadi platform sama untuk Volvo XC40. Dengan Polestar meletakkan model ini sebagai EV dan imej prestasi jenama ini di bawah payung Geely, kita boleh harapkan sedikit elemen sporti disuntik ke dalam pakej Polestar 2 ini.

Tetapi bagi mereka yang inginkan pengendalian terbaik, Polestar juga menawarkan naiktaraf casis. Performance Pack dengan penyerap hentak Ohlins, brek Brembo dan rim aloi 20-inci unik dikatakan mampu menambahbaik dinamik pengendalian.

Bahagian dalam tidak diberi sebarang rombakan, dengan kabin minimalis yang didominasi oleh skrin infotainmen 11-inci megah di tengah-tengah papan pemuka.

Ia tidaklah seringkas rekaan Model 3, tetapi Volvo tetap menerapkan rekabentuk ergonomik dan penggunaan bahan berkualiti.  

Polestar akan melancarkan First Edition seperti gambar-gambar ini, berharga £49,900 (RM257,878) dan varian lebih mampu-milik akan mula ditawar tahun depan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here