Ferrari 488 Pista catat masa 7 minit sahaja di Nürburgring!

1926

Semua tahu Ferrari 488 Pista itu sangat laju. Tapi berapa kelajuan itu? Itu tidak dapat dipastikan kerana Ferrari selalu mengelak untuk rekod catatan masa rasmi dan tidak berapa gemar akan ujian perbandingan dengan model lain.

Ferrari 488 Pista. Imej: CAR Magazine

Tetapi nasib baik Sport Auto, sebuah majalah di Jerman berjaya mencatat pusingan masa 488 Pista di litar Nürburgring.

Enjin 3.9-liter twin-turbo V8 pada 488 Pista. Imej: Ferrarili

Dan 488 Pista berjaya melakukannya dalam masa 7:00.03 minit. Bukan suatu rekod, tetapi masih gila laju. Ia dilakukan oleh Christian Gebhardt, seorang pemandu ujian majalah itu.



Disebabkan ia bukan dilakukan oleh pemandu profesional dan bukanlah catatan masa rasmi oleh pengeluar, ia tidak boleh dibandingkan dengan rekod catatan masa biasa. Tetapi ia masih satu rujukan yang baik.

Lamborghini Aventador SVJ. Imej: newcarcars

Rekod yang hendak dipecahkan ialah catatan masa 6:44.97, dicatat oleh Lamborghini Aventador SVJ pada 2018. Tetapi 488 Pista agak jauh ketinggalan, malah hampir menyamai masa 6:59.73 oleh Lamborghini Aventador SV LP 750-4 yang dilakukan pada 2015.

Seperti biasa untuk catatan masa Nürburgring, ia menakjubkan untuk ditonton. Pemandu yang melakukannya sangat gila, membahan selekoh-selekoh buta satu per satu dengan sedikit ruang untuk kesilapan.

Bukan masa yang paling impresif, tapi masih mengagumkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here