Awek cosplay buat Foodpanda

5198

Hong Kong kini dalam protes untuk 20 hujung minggu berterusan. Tapi untuk kebanyakan rakyat, hidup dan kerja diteruskan.

Begitu juga dengan Nicky, yang juga dikenali dengan nama Nicky Cosplayer. Dia baru-baru ini memuatnaik berkenaan pekerjaan terbaharunya sebagai penunggang dan penghantar Foodpanda.



Walaupun Nicky selalunya bergaya cosplay sebagai karakter anime, menjadi penghantar Foodpanda bukanlah satu kebiasaan baginya, seperti dinyatakan dalam salah satu gambar yang dikongsi.

Malah, dia bekerja sebagai penghantar untuk menjana lebih pendapatan untuk keluarganya dan membeli pakaian lebih cantik untuk cosplay akan datang.

Menariknya, orang ramai mula tertarik dan berkira-kira sama ada mereka boleh membuat permintaan isitmewa untuk mendapat Nicky sebagai penghantar makanan Foodpanda mereka.

Sudah tentu tidak, Nicky jelaskan.

Lebih-lebih lagi, menurut Nicky, dia hanya menghantar di sekitar kawasan Kowloon, Hong Kong.

Nicky mendedahkan bahawa dia meninggalkan pekerjaannya sebelum ini kerana bos yang kurang menyenangkan. Jadi apabila ternampak kekosongan di Foodpanda, dia terus mencuba nasib.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here