JPJ Kelantan keluarkan 1,344 saman dalam tempoh 9 bulan

2288

Jabatan Pengangkutan Jalan  atau JPJ Kelantan keluarkan 1344 saman bagi kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut ukuran bermula Januari sehingga September tahun ini.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, daripada jumlah JPJ Kelantan keluarkan 1344 saman itu, sebanyak 344 notis dikeluarkan kepada penunggang motosikal, 905 saman membabitkan kereta dan 95 untuk lain-lain kenderaan.



Katanya, kesalahan mengubah suai nombor pendaftaran yang tidak mengikut ketetapan dipandang serius oleh JPJ kerana ia semakin berleluasa sehingga mengelirukan pihak berkuasa.

“Susulan daripada masalah ini kami mengadakan operasi Khas Motosikal yang memfokuskan bukan sahaja kepada spesifikasi nombor pendaftaran malah kesalahan lain seperti pengubahsuaian motosikal.

“Selepas dua jam operasi sebanyak 94 notis saman dikeluarkan dengan pelbagai kesalahan selain tiga kereta turut disita termasuk salah satu daripadanya menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf

“Daripada jumlah itu sebanyak 22 notis dikeluarkan bagi mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang ‘fancy’ (tidak mengikut ukuran ditetapkan),” katanya pada sidang media selepas Operasi Khas Motosikal di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur di sini, malam tadi.

Hanif berkata, dalam operasi sama pihaknya turut mengeluarkan 16 saman kesalahan membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans tamat tempoh.

Katanya, kesalahan LKM dan insurans yang tamat tempoh tidak boleh dikompaun dan ia perlu dirujuk ke mahkamah yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 (LKM), dan tidak lebih RM1,000 (insurans).

“Pengguna jalan raya perlu lebih peka terutamanya berkaitan insurans kerana ia sangat membantu jika berlaku kecelakaan atau kemalangan.

“Kita juga memandang serius kes anak bawah umur yang menunggang atau memandu kenderaan tanpa lesen. Saya harap ibu bapa dapat memantau anak mereka daripada terbabit dengan masalah ini.

“Ia bukan sahaja membahayakan nyawa mereka malah juga pengguna lain,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here