Motosikal elektrik Yamaha dipertonton – TMS2019

1502

Sebagai salah satu gergasi motosikal dunia, Yamaha telah mencipta motosikal elektrik sejak kebelakangan ini. Bermula pada tahun 1993, motosikal elektrik Yamaha kini berkembang menjadi lebih canggih.

Lihat sahaja motosikal elektrik Yamaha E-01. Jentera dengan model motosikal gaya Yamaha Maxi seperti Nmax. Dari segi kuasa, motor itu dikatakan mempunyai kekuatan setara dengan enjin 125cc.



“Motosikal ini mempunyai kuasa yang besar, selesa digunakan untuk memandu pada setiap keadaan, suasana pemanduan nyaman, dan boleh memandu untuk setiap hari,” kata Presiden Yamaha, Yoshihiro Hidaka di Tokyo Motor Show 2019.

Malangnya tidak banyak spesifikasi didedahkan oleh Yamaha tentang motosikal ini kerana motorsikal itu masih merupakan konsep. Tetapi Yamaha berkata motosikal ini boleh dicas semula dalam masa yang singkat.

“Sebelum menggunakan jentera berelektrik, cabaran atau masalah untuk mengecas bateri mesti diselesaikan. Cara terbaik untuk menggantikan bateri juga bergantung pada bagaimana orang menggunakan kenderaan elektrik dan cara hidup mereka,” kata Hidaka.

Motosikal elektrik ini boleh dicas semula menggunakan salur keluar elektrik yang berada di bahagian depan motosikal.

tempat cas di bahagian hadapan

Jentera ini dikatakan mempunyai pengecasan pantas dan berupaya bergerak dalam jarak yang jauh dalam satu cas.

Sebagai tambahan kepada keselesaan yang luar biasa, ia mempunyai reka bentuk yang secara jelas menonjolkan generasi baru gaya sporty.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here