Punca ’power steering’ hidraulik kereta anda cepat lemah

3352

Seperti dengan power steering elektrik yang memerlukan perhatian khusus, komponen power steering hidraulik berhak mendapatkan perkara yang sama iaitu sentiasa berada dalam keadaan optimum.

Tidak seperti power steering elektrik yang didorong oleh motor elektrik, power steering hidraulik dibantu oleh minyak dalam operasinya. Minyak pada power steering hidraulik tidak hanya untuk melincirkan, tetapi juga untuk memberikan tekanan atau kuasa.



Jadi jangan terkejut, jika minyak memainkan peranan penting dalam sistem komponen ini. Oleh itu, pemilik kereta mesti menukar dan memilih minyak mengikut keperluannya. Selain kualiti minyak, pemandu perlu memberi perhatian terhadap keadaan kenderaan selepas diparkir.

Memutar stereng dengan kasar apabila keadaan kenderaan tidak dihidupkan boleh merosakkan getah yang terdapat pada sistem komponen ini. Apabila anda memutarkan stereng hingga ia mengeluarkan bunyi, ia mempercepatkan kerosakan pada power steering.

Oleh itu, disyorkan untuk memutar stereng secara lemah lembut dan jika tidak perlu, jangan memaksanya untuk berputar. Apabila parkir kereta, cuba posisikan roda dengan keadaan yang betul iaitu lurus selari dengan badan kereta.

Kerana apabila stereng dibiarkan dengan keadaan yang tidak betul dalam tempoh yang lama, sistem hidraulik akan terus menekan getah yang berada di dalam sistem itu. Komponen ini boleh koyak dan boleh merosakkan prestasinya. Akibatnya, apabila stereng kembali ke kedudukan asalnya, ia akan terasa berat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here