Maverick Vinales tidak berminat dengan perlumbaan MotoE

1543

Perlumbaan motor elektrik (MotoE) diperkenalkan oleh sebagai kelas baru MotoGP pada musim 2019. Berbanding perlumbaan motor lain yang masih menggunakan enjin konvensional, perlumbaan MotoE, tidak menarik perhatian ramai pihak. Tidak terkecuali pelumba dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales.

Menurut Vinales, perlumbaan MotoE masih perlu mengalami penyelidikan dan pembangunan, supaya ia dapat menarik minat pelumba motor berenjin konvensional. 



“Saya fikir ia memerlukan sedikit lagi pembangunan kerana anda tahu (MotoE) berbunyi sangat perlahan, saya tidak berminat, kerana saya suka motosikal yang mempunyai suara dan mempunyai kuasa besar,” kata Vinales.

Walau bagaimanapun, Vinales masih melihat acara MotoE sebagai tontonan menarik, kerana motosikal dalam perlumbaan ini menggunakan tenaga elektrik.

“Perlumbaannya itu sendiri memang sangat menarik, anda boleh melihat beberapa pelumba menjimatkan tenaga (bateri motor) pada permulaan pusingan. Dan gas akan digunakan sepenuhnya ketika perlumbaan mendekati pusingan terakhir,” lanjut Vinales.

Jadi sama ada perlumbaan ini akan sesuai dengan pelumba MotoGP? “Sekarang saya tidak fikir begitu, dan buat masa ini saya lebih suka MotoGP,” kata pelumba yang berusia 25 tahun itu.

Untuk maklumat tambahan, rancangan untuk MotoE 2019 akan diadakan dalam lima siri dalam lima litar di Eropah dalam kalendar MotoGP. Setiap perlumbaan hanya 10 pusingan. Perlumbaan ini tidak akan dipisahkan dari MotoGP.

Seperti MotoGP, sesi latihan diadakan pada hari Jumaat, kelayakan pada hari Sabtu, dan perlumbaan pada hari Ahad.

Enjin motor untuk perlumbaan MotoE menghasilkan 147hp dan mempunyai kelajuan maksimum 250km/jam. Motor ini juga boleh mencapai kelajuan 100km/j dalam masa tiga saat. Walaupun bateri yang digunakan boleh dicas semula dari 0-85% dalam tempoh kurang daripada 30 minit.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here