Ford Ranger XLT Edisi Khas dilancar dengan dua pilihan warna menarik

2591

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) telah melancarkan model baharu Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas, khusus untuk pelanggan-pelanggan di Malaysia. Ia hanya dihasilkan dalam unit terhad untuk jualan di seluruh negara.

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas ini hadir dalam dua warna menarik, iaitu Absolute Black dan Arctic White serta dipasang terus dengan fender lebar, kamera undur, serta penutup tonneau yang berfungsi.



Pelekat bercorak geometri juga diberikan di kiri dan kanan trak ini untuk melengkapkan gaya sporti dan lasaknya.

Untuk meningkatkan lagi tawaran gaya hidup Ranger ini, sistem infotainmen dinaik taraf dengan menggunakan skrin sesentuh 9-inci yang lebih besar, lengkap dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

Ia menyokong aplikasi-aplikasi mobil seperti Spotify, Waze, YouTube dan Google Chrome melalui sambungan “hotspot” agar perjalanan anda lebih seronok serta memudahkan.

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas baharu ini menggunakan enjin Ford Duratorq 2.2L turbodiesel dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik. Ia menghasilkan 160hp dan 385Nm tork.

Antara kelengkapan lain untuk Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas ini termasuklah 4X4 Shift-On-The-Fly, bilah pengelap dengan pengesan hujan, sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) yang ringan, lincah lampu daytime running lights dan lampu hadapan untuk penglihatan lebih terang.

Ia turut dilengkapi dengan dua beg udara, ‘e-locking differential’, fungsi Hill Descent Control, Hill Launch Assist, Antilock Braking System dengan Emergency Brake Assist dan Electronic Brake Force Distribution, ISOFIX, Electronic Stability Control dengan Traction Control, Rollover Mitigation, Trailer Sway Control dan Adaptive Load Control.

Dijual pada harga RM120,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM126,388 untuk Sabah dan Sarawak (harga atas jalan, tanpa insuran), Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas baharu ini sudah ada di semua dewan pameran Ford di Semenanjung Malaysia.

Untuk Sabah dan Sarawak, trak ini akan mula dipamerkan pada minggu ketiga bulan Disember.

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas didatangkan dengan pakej waranti selama tiga tahun atau sehingga 100,000 km, yang mana terdahulu.

Untuk informasi lebih lanjut berkaitan Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas  atau Ford di Malaysia, layari laman web https://www.sdacford.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here