Honda X-ADV – RECALL Di Eropah

121

Honda Eropah telah mengumumkan notis panggil balik untuk model X-ADV berikutan masalah kehilangan kuasa.

Masalah di kenal pasti pada bahagian komponen modul dalaman Koefisien Suhu Positif Polimer (Polymer Positive Temperature Coefficient – PPTC) yang bersambung kepada unit kawalan elektronik (ECU). Isu tersebut menyebabkan komponen jadi terlampau panas hingga jentera mengalami kehilangan kuasa.

Walaupun masih tiada lagi kes berhubung masalah itu dilaporkan, Pencegahan awal bagi mengelak berlaku sebarang insiden tidak diingini,telah di lakukan oleh Honda Eropah.

Model X-ADV yang terlibat ialah keluaran 26 Januari 2017 hingga Oktober 2018. Honda akan menggantikan komponen rosak dengan baharu. Kos baik pulih ditanggung sepenuhnya oleh Honda.

Komen anda mungkin membantu