Honda Wave Alpha dan Honda Beat disediakan LIVERY baharu

3910

Tahun 2019 Boon Siew Honda telah memperkenalkan pelekat atau livery baharu untuk dua motosikal popularnya, Honda Wave Alpha dan Honda Beat.

Ini merupakan satu langkah bagi menarik lebih ramai pengguna yang inginkan motosikal bergaya dan praktikal serta enjin kecil seperti Honda Wave Alpha dan Honda Beat.

Honda Wave Alpha



Boon Siew Honda menawarkan motosikal ini dengan rim lidi dan rim sport. Ianya di kategorikan antara peneraju dalam segmen kapcai.

Terkini dengan jalur kuning bagi varian berwarna kuning, biru dan merah yang dilengkapi brek cakera. Honda Wave Alpha ditawarkan pada harga RM4,275 (rim lidi) dan RM4,516 bagi varian rim sport dan sudah boleh di dapati di pengedar sah Boon Siew Honda.

Honda Beat 

Generasi ketiga yang mula diperkenalkan pada tahun 2016,tampil dengan grafik baharu dan lebih menarik. Ianya menjadi pilihan peminat skuter berkapasiti kecil. 

Jentera ini disediakan empat warna pilihan iaitu merah, biru, hitam dan merah jambu, Honda Beat menjanjikan tunggangan yang lancar, menjimatkan serta enjin selinder tunggal bersesaran 108.2cc.

Jentera ini juga dikuasakan oleh enjin empat lejang dengan sistem pancitan bahan api PGM-FI itu menjana kuasa 6.48kW dan tork 9.21Nm. Harga RM5,365 seunit.

Kedua-dua model ini didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here