Sekumpulan Porsche RWB dan Subaru WRX STI melepak di Family Mart

2316

Sekumpulan Porsche RWB dan Subaru WRX STI dilihat memarkir di sebuah Family Mart. Oh kami terlupa beritahu bahawa situasi ini adalah dalam skala 1/64.

Diorama ini dipaparkan di booth Tarmac Works – pengeluar model skala dari Hong Kong – di Tokyo Auto Salon 2019 (TAS 2019). Tetapi diorama ini sebenarnya direka oleh Js Yu, seorang pemodel atau modeller dari Taiwan.



Untuk anda yang belum mengetahui, Tarmac Works biasa mengeluarkan model die-cast dengan skala yang lebih kurang seperti Hot Wheels dan Matchbox yang anda ketahui. Namun, Tarmac Works memfokus kepada model-model lumba dan JDM (Japanese domestic market).

Antara model popular pernah dihasilkan syarikat itu adalah Honda Civic FK8 Type-R, Honda Civic EG6 dengan pelbagai livery perlumbaan, Honda Civic EK9 Type-R, Audi R8 LMS, Mercedes-AMG GT3 dan beberapa generasi Mitsubishi Evo. Kegemaran penulis ialah Honda Civic EK9 Spoon. Fuh…

Perincian yang diberikan pada setiap model juga agak baik seperti rekaan rim berbeza, saiz tayar, sangkar guling perlumbaan, nama-nama penaja pada livery dan perincian pada luaran badan kereta. Jemput jamu mata anda dengan beberapa gambar kami kongsikan di galeri.

Anda boleh ikuti page Tarmac Works di Instagram: @tarmacworks

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here