Shell tawarkan peluang menangi percutian ke Itali, New Zealand dan Korea Selatan

2088

Shell Malaysia baru-baru ini mengumumkan pemenang pertama peraduan Win a Trip with Shell mereka. Peraduan yang bertujuan menghargai pelanggan mereka itu akan berlangsung 17 Disember 2018 hingga 31 Mac 2019.

Peraduan itu akan memilih satu pemenang setiap minggu di mana pemenang akan memenangi tiket percutian ke Itali, New Zealand atau Korea Selatan bersama seorang teman. Apa yang perlu dilakukan hanyalah berbelanja minimum RM40 di mana-mana stesen Shell di seluruh negara.



Shell turut berkongsi kajian oleh Expedia bahawa rakyat Malaysia suka melancong walaupun mengetahui akan kos yang diperlukan. Dengan itu, Shell dengan peraduan Win a Trip with Shell mahu menukar pengalaman pelanggan yang berbelanja di stesen mereka kepada peluang memenangi percutian impian.

Pelanggan hanya perlu ikuti tiga langkah mudah:

1) Belanja minimum RM40 di mana-mana stesen Shell;

2) Pilih satu dari tiga destinasi percutian ditawarkan; dan

3) Hantarkan penyertaan dengan resit pembelian.

Perbelanjaan di stesen Shell boleh meliputi isian bahan api, produk pelincir, atau apa sahaja produk yang dijual di dalam premis Shell Select dan Kedai (tidak termasuk produk tembakau, E-Pay dan Touch N Go).

Di majlis pelancaran baru-baru ini, Wan Muhammad Fathi Bin Wan Nik Kamal telah diumum sebagai pemenang pertama peraduan itu. Pembantu tadbir dari Kedah yang berusia 35 tahun itu telah memilih New Zealand sebagai destinasi percutiannya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shell.com.my/percutianimpian. Selamat mencuba!

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here