Kia Picanto GT-Line ditawar dengan gaya dan ciri baharu, RM58k

1985

Naza Kia Malaysia telah melancarkn varian tertinggi GT-Line untuk kompak popular mereka, Picanto. Ia menampilkan beberapa pembaharuan dan penambahan dari model Picanto 1.2 EX sedia ada.

Luaran 

Kia Picanto GT-Line dapat dikenal pasti dari kemasan merah unik pada beberapa bahagian badannya. Di depan, kemasan merah diletakkan pada gril “Tiger Nose” dan di ruang kemasukan udara bahagian kiri dan kanan bampar depan.



Bampar depan ini adalah rekaan baharu yang lebih agresif berbanding Picanto 1.2 EX dengan lampu kabus yag diubah posisinya.

Seterusnya, kemasan merah itu boleh didapati di skirt tepi serta bampar belakang. Melengkapkan penggayaan GT-Line ialah rim aloi 16-inci rekaan baharu yang menyamai rim pada Rio (Picanto 1.2 EX menggunakan rim 14-inci).

Tiga warna ditawarkan – Titanium Silver, Clear White dan warna eksklusif Aurora Black Pearl.

Dalaman

Ciri untuk bahagian dalaman adalah keyless entry, pedal aloi dan roda stereng potongan D yang lebih sporti. Seterusnya, terdapat juga skrin sesentuh 7.0-inci dengan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay.

Ciri kemudahan lain termasuklah kamera pandang belakang parkir, pengecas peranti tanpa-wayar, tempat USB dan pendingin hawa Full Auto Temperature Control (FATC) yang mengekalkan suhu kabin secara automatik.

Enjin dan transmisi

Tiada perubahan untuk aspek ini. Kia Picanto GT-Line masih menggunakan enjin 1.2-liter Kappa II yang cukup berdaya menghasilkan 84 PS dan 122 Nm tork. Transmisi pula ialah automatik 4-kelajuan.

Keselamatan

Kia Picanto baharu ini dilengkapi dengan ciri keselamatan antara terbaik dalam kelasnya. Ini merangkumi rekaan badan Advanced High Strength Steel (AHSS), enam beg udara, Vehicle Stability Management (VSM) dan Electronic Stability Control (ESC).

Ciri keselamatan lebih maju juga turut diberi seperti Autonomous Emergency Braking (AEB) dan Hill-start Assist Control (HAC).

Picanto GT-Line ditawarkan pada harga RM57,888 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here