Hyundai dan Kia bakal keluarkan kereta dengan bumbung solar bermula 2019

1454

Hyundai dan Kia antara syarikat terbaru yang mengumumkan rancangan untuk menawarkan bumbung panel solar pada kereta keluaran mereka.

Syarikat dari Korea itu memberitahu bahawa bumbung solar itu bakal hadir dengan rekaan lutsinar dan akan mula tersedia pada 2019.

Namun masih tiada lagi maklumat tentang pasaran dan juga jenis kereta yang akan menggunakan bumbung solar itu.



Hyundai dan Kia mengatakan bahawa bumbung panel solar itu akan digunakan untuk mengecas bateri kenderaan yang akan digunakan pada kereta hibrid dan kereta dengan enjin konvensional.

Seterusnya kuasa yang dijana daripada bumbung solar itu dapat digunakan untuk menghidupkan penghawa dingin atau pemanas tempat duduk. Hal ini sekaligus menjimatkan lebih tenaga untuk menambah baik prestasi secara keseluruhan.

Terdapat tiga sistem dalam proses pembinaan buat masa ini. Sistem pertama ialah sistem bumbung solar konvensional yang berasaskan silicon yang akan digunakan pada kereta hibrid.

Ia dikatakan mampu mengecas antara 30 dan 60 peratus kapasiti bateri dalam sehari bergantung kepada tahap cahaya matahari.

Sistem kedua yang lebih canggih pula direka dengan rupa lutsinar yang akan digunakan pada kereta dengan enjin konvensional.

Manakala yang ketiga pula merupakan sistem solar lutsinar yang digunakan pada bumbung panoramik. Ia membenarkan bumbung untuk menjana kuasa dan pada masa yang sama masih membenarkan cahaya untuk masuk ke dalam kabin.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here