Mercedes-AMG GT 63 S-Empat Seater – Terpantas di Nurburgring

1156

Mercedes-AMG GT 63 S 4MATIC empat pintu telah memecahkan rekod pusingan terkini di Nurburgring dengan catatan masa 7 minit 25.41 saat. Adakah rekod itu paling cepat pernah di catat oleh kereta dengan empat tempat duduk.

Tidakkah Jaguar XE SV Project 8 pernah mencatat masa 7 minit 21.23 saat sekitar tahun lepas. Dan kereta tersebut juga mempunyai empat pintu.



Model Jaguar XE SV Projek 8 ada empat pintu. Tetapi bezanya tidak mempunyai empat tempat duduk. Dan pada teknikalnya, Mercedes-Benz AMG GT ada empat pintu dengan empat tempat duduk dan rekod tersebut di iktiraf kepada Mercedes Benz AMG GT.

Mercedes tersebut dipandu oleh bekas pelumba dan jurutera pembangunan AMG, Demian Schaffert semasa ujian di lakukan.

AMG GT 63 S 4MATIC empat pintu baru ialah V8 turbo 639hp, dengan stereng belakang aktif, kunci belakang di bahagian belakang yang dikawal secara elektronik dan tayar Michelin Pilot Sport Cup2.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here