Honda Malaysia kekal jenama bukan nasional nombor satu

1522

Honda Malaysia merekodkan perkongsian pasaran sebanyak 17.1 peratus pada 2018 sekaligus menjadikan syarikat itu jenama bukan nasional nombor satu di negara ini.

Dengan pasaran automotif yang mencabar pada 2018, Honda Malaysia juga berjaya mengekalkan kedudukan di tempat kedua dalam TIV (jumlah keseluruhan industri) untuk tiga tahun berturut-turut.



Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ichiyama berkata, “Honda Malaysia telah berjaya menjual sebanyak 102,282 unit kenderaan pada tahun 2018, sedikit penurunan sebanyak 6.6 peratus berbanding keputusan jualan pada tahun 2017.”

Dalam tempoh tiga bulan tanpa cukai tahun lalu, syarikat itu mencatatkan permintaan yang sangat memberangsangkan. Ini menjadi penyumbang kepada jumlah keseluruhan jualan.

Timbalan Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Cik Jahabarnisa Haja Mohideen berkata, “Tempoh tiga bulan tanpa cukai itu membantu pelanggan membuat tempahan kenderaan lebih awal.

Bagi tahun 2019, Honda Malaysia mensasarkan jumlah jualan sebanyak 95,000 unit, iaitu 16 peratus perkongsian pasaran. Menurut Honda, penurunan angka jualan ini disebabkan penurunan anggaran TIV tahun ini iaitu 580,000 unit kenderaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here