7 model CKD Honda sebagai model paling laris segmen masing-masing

1719

Honda Malaysia mengumumkan tujuh model CKD mereka iaitu Jazz, City, BR-V, HR-V, Civic, Accord dan CR-V merupakan peneraju dalam segmen masing-masing.

City ialah model dengan sumbangan terbesar kepada jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia iaitu 32 peratus.



Ini diikuti dengan Civic dan CR-V dengan masing-masing menyumbang 16 peratus dan 13 peratus dari jumlah jualan keseluruhan.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Honda Malaysia juga begitu komited memperkenalkan tiga teknologi kepada pasaran iaitu Honda SENSING, Turbo dan Sport Hybrid i-DCD.

Honda Accord dan CR-V yang dilengkapi Honda SENSING dilancarkan pada 2017 menyumbang kepada 18 peratus dan 33 peratus jumlah jualan keseluruhan.

Civic pula mencatatkan jualan lebih 41,000 unit sejak pelancarannya. Ia merupakan model pertama dalam segmen-C dengan enjin berkuasa turbo.

Model-model dengan teknologi Sport Hybrid i-DCD juga mendapat sambutan baik sepanjang tahun lalu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here