Yamaha YZF-R25 2019 diperkenal – RM20k, pelbagai ciri baharu

2881

Yamaha telah mengumumkan model pengganti bagi model super sports mereka yang popular, iaitu YZF-R25.

Model 2019 ini menggunakan mekanikal yang sama; enjin 250cc sejukan cecair, DOHC 2-silinder sebaris dengan casis yang serba boleh.



Namun, pembaharuan diberi pada beberapa aspek untuk meningkatkan kualiti tunggangan:

  • Suspensi depan songsang untuk keseimbangan antara ringan, kendalian lincah dan prestasi
  • Geometri depan baharu dengan lubang udara di tengah ala M1
  • Rekabentuk tangki minyak baharu dan posisi handlebar yang diubah untuk karakter di jalan dan kegunaan di litar yang seimbang
  • Fairing dan cermin depan baharu untuk prestasi aerodinamik lebih baik
  • Lampu LED dengan “Glaring Face” dan panel instrumen LCD

Ia hadir dengan dua warna menarik – Biru dan Merah – dan akan mula berada di rangkaian pengedar pada minggu ini.

Sebagai tambahan, pembelian setiap YZF-R25 baharu akan disertakan dengan kunci cakera Yamaha.

Harga cadangan ialah RM19,998.00 tanpa insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here