[Video] Lamborghini Huracan Performante terbabas ketika meninggalkan event supercar

2773

Ada satu pepatah Inggeris berbunyi, “money can’t buy you skills” atau “wang tidak boleh belikan anda kemahiran”. Insiden terbaharu ini ialah satu contoh paling tepat untuk pepatah itu. Sebuah Lamborghini Huracan Performante telah hilang kawalan dan terbabas ketika meninggalkan satu acara himpunan supercar di London.

Lamborghini Huracan Performante yang terbabas
Lamborghini Huracan Performante yang terbabas

Video pada awalnya menunjukkan dua Huracan bersebelahan yang nampak seperti ingin berlumba. Kereta kelabu mula memecut, yang kami rasakan sedang gunakan fungsi Launch Control.

Kamera seakan mahu menghala ke satu lagi Huracan yang berwarna hijau. Namun tiba-tiba Huracan kelabu tadi hilang kawalan lalu tergelincir dan ternaik ke atas kaki lima dan melanggar pokok di tepi jalan itu. Mujur tiada pejalan kaki di situ.



Hasilnya, kesan kemik melengkung besar di badan kereta itu. Tayarnya juga terperosok ke dalam casis dan mematahkan lengan-lengan suspensi dan rasanya subframe belakang juga mengalami kerosakan teruk.

Pasti akan menelan belanja besar untuk membaiki kereta ini. Tapi sayang sekali, ego pemandu itu tidak dapat dibaiki…

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here