Kia Optima EX diperkenal sebagai tambahan kepada barisan Optima sedia ada

2307

Naza Kia Malaysia secara rasmi memperkenalkan Kia Optima EX baharu yang membawa imej lebih segar. Ia sebagai model tambahan kepada rangkaian Optima GT sedia ada.

Kia Optima EX
Kia Optima EX

Optima EX dipacu oleh enjin 2.0-liter Nu CVVL yang dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan. Rodanya adalah aloi 17-inci.

Muka depan Optima EX baharu didominasi oleh gril intaglio menegak yang bergaya; memberikan imej garang dan maskulin pada masa yang sama. Terdapat juga lampu depan LED dan lampu kabus.



Ciri dalamannya terdiri daripada tempat duduk pemandu dengan fungsi memori, brek parkir elektrik, kunci pintar dan skrin paparan 7-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Sebagai tambahan, Optima ini mendapat Around View Monitor (AVM) untuk memberi imej 360-darjah yang berguna untuk mengemudi di kawasan sempit.

Tiga warna ditawarkan iaitu Aurora Black Pearl, Snow White Pearl dan Platinum Graphite. Optima EX dijual pada harga RM139,888 atas jalan tanpa insurans.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here