Topi keledar perlumbaan Pininfarina ini pasti sejukkan kepala anda

1038

Pininfarina dan Roux melancarkan topi keledar baharu – satu untuk kenderaan kokpit terbuka dan satu untuk kokpit tertutup. Pengenalan itu dibuat di pertunjukan Performance Racing Industry di Indianapolis.

Jurucakap Pininfarina memberitahu Car and Driver bahawa terdapat 7 jenis kesemuanya, dengan lingkungan harga $1,200 (RM4,900) hingga $5,000 (RM6,131), bergantung kepada bahan dan tahap piawaian.



grand prix

Topi keledar kokpit terbuka itu direka untuk perlumbaan Formula 1 hingga Formula 4, dan hadir dengan spoiler aerodinamik yang boleh diubah. Ini penting kerana topi keledar ini akan bersentuhan dengan udara di kelajuan tinggi.

Topi keledar kokpit tertutup pula untuk perlumbaan GT yang mementingkan kawalan suhu. Ia mempunyai port udara binaan dalam dan sistem penyejukan cecair COOL-X dari Roux.

Teknologi COOL-X ini mengalirkan cecair dari penyejuk CoolShirt dan memastikan “aliran cecair bersuhu-optima 52-darjah” untuk “merendahkan tekanan haba dan anda fokus kepada perlumbaan”, kata Roux.

Sistem penyejukan cecair ini termasuk pada top keledar Formula juga. Ini merupakan kerjasama pertama antara pakar topi keledar Roux dan Pininfarina.

Bukan itu sahaja teknologi pada topi keledar baharu ini. Terdapat tiub meminum air dan sistem audio yang diperbuat dari mikrofon pod pembesar suara tebat bunyi. Kesemua topi keledar ini juga boleh dikustom sepenuhnya, kata Pininfarina.  

Tujuan utama topi keledar semestinya untuk perlindungan, dan sebab itulah topi keledar baharu ini menggunakan sistem Release terkini dari Roux untuk menanggal dengan cepat dan mudah dalam situasi kecemasan.

Rekabentuk topi keledar untuk Formula dan GT ini akan menepati piawaian keselamatan FIA 8860 (2018) dan Advanced Ballistic Protection (ABP), selain homologasi Snell 2020.

Ini bukanlah eksplorasi pertama Pininfarina dalam dunia teknologi topi keledar. Sedekad yang lalu, syarikat itu memperkenalkan dua konsep Air Flow.

Konsep pertama menggunakan pelindung kalis air yang melindungi bahagian keras aerodinamik. Konsep kedua pula memastikan suhu kepala pemakai rendah, yang menjadi trend kepada kerjasama terkini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here