Tahukah anda, rupa-rupanya ada baju hujan khas untuk perlumbaan MotoGP?

3409

Perlumbaan MotoGP tidak hanya berlaku semasa keadaan cuaca yang cerah. Kadang-kadang apabila hujan, perlumbaan akan terus berjalan dengan syarat yang dibenarkan. Tahukah anda bahawa para pelumba MotoGP juga memakai baju hujan khas.

Terdapat beberapa fakta menarik mengenai baju hujan yang digunakan oleh pelumba MotoGP, mari kita lihat.



Baju hujan khas yang dipakai oleh pelumba MotoGP, tidak mempunyai warna solid seperti kebanyakan yang lain. Semua baju hujan yang digunakan, mempunyai warna yang jelas atau lutsinar.

Terdapat sebab yang tertentu mengapa baju hujan yang dipakai oleh pelumba MotoGP mempunyai warna yang jelas atau lutsinar.

Ianya adalah untuk memastikan nama dan logo penaja pada motosikal dan baju perlumbaan masih kelihatan walaupun baju hujan dipakai. Selain itu, baju hujan ini memang khas dibuat untuk tujuan perlumbaan.

Alpinestars sebagai pengeluar baju perlumbaan, menerangkan beberapa spesifikasi baju hujan khas ini. Ia dibuat dengan ketebalan 2mm.  Walaupun sangat nipis, Alpinestars mendakwa baju hujan ini boleh menghalang 100 peratus air hujan.

Sesetengah bahagian yang sering bergeseran, seperti bahagian lengan dan sisi badan, disertakan kulit sintetik yang juga disertakan salutan kalis air.

Kulit sintetik ini diletakkan supaya baju hujan tetap lembut dan tidak mengganggu pergerakan pelumba.

Bentuknya juga dibuat untuk mengembang pada bahagian bonggol di belakang dan bahu, mengikut kedudukan slider dan pelindung wearpack.

Untuk bahagian seluar, terdapat lubang khas pada pad lutut supaya pelumba masih boleh knee down. Yang unik, baju hujan ini juga dibuat dibuat oleh pembuat yang yang khusus, untuk disesuaikan pada setiap pelumba.

Tidak hairanlah jika harga baju jaket perlumbaan dari Alpinestars, lebih tinggi daripada kebanyakan baju hujan. Alpinestar menjual baju hujan ini pada harga 120 dolar, bersamaan dengan RM490.

Sememangnya ia sangat mahal, kerana spesifikasinya sangat berbeza dari kebanyakan baju hujan yang lain!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here