Toyota cipta prototaip bandar masa depan di Gunung Fuji

2170

Seperti apakah gambaran bandar-bandar masa hadapan? Toyota sudah mempunyai beberapa konsep yang akan direalisasikan sebagai sebuah prototaip bandar masa depan yang akan dibina di kaki Gunung Fuji, Jepun.

Bjarke Ingels

Prototype bandar masa depan Toyota digelar sebagai Woven City, yang mencerminkan pada asalnya Toyota yang merupakan pembuat mesin tenunan. Woven City akan dibina bermula pada tahun 2021 di kawasan seluas 175 ekar di kaki Gunung Fuji. Semua tenaga yang diperlukan oleh bandar ini berasal dari kuasa hidrogen.



Bandar ini juga akan diisi dengan pelbagai teknologi terkini bermula dari kenderaan autonomi atau tanpa pemandu, robot, mobiliti peribadi dan rumah pintar. Toyota membuat Woven City sebagai ‘makmal hidup’ untuk menguji semua teknologi baru di dunia.

Bjarke Ingels

“Membina sebuah bandar raya yang lengkap pada skala yang lebih kecil, adalah satu peluang yang unik bagi kita untuk membangunkan teknologi masa depan, termasuk sistem operasi digital untuk infrastruktur bandar,” kata Presiden Toyota Akio Toyoda di Consumer Electronic Show, di Las Vegas, Amerika Syarikat.

prototype bandar masa hadapan

Untuk reka bentuk bandar, Toyota bekerjasama dengan arkitek seni bina dari Denmark, Bjarke Ingels. Dia pernah membina 2 pusat dagangan dunia di New York, Lego House dan Denmark, hingga ke ibu pejabat Google.

Jalan raya di Woven City akan dibahagikan kepada 3 jenis. Ianya ialah jenis jalan raya untuk kenderaan pantas, jalan untuk mobiliti peribadi dan pejalan kaki serta jalan khusus pejalan kaki.

Semua kenderaan di Woven City adalah kenderaan jenis otonomi dan bebas pelepasan. Toyota akan menggunaka Toyota e-Palette untuk penghantaran pelbagai barangan dan pengangkutan bagi orang-orang di kawasan bandar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here