Mercedes-Benz 300SL Roadster 1961 yang rosak dan berkarat dijual hampir RM3.3j

5282

Orang yang sangat suka akan kereta lama, mungkin dapat memahami mengapa kereta yang rosak dan berkarat masih mempunyai nilai yang tinggi. Sudah tentu status kereta klasik dan kereta rare adalah menjadi daya tarikan.

Seperti Mercedes-Benz 300SL Roadster 1961 yang baru-baru ini dibeli oleh seseorang di Beverly Hills Car Club.



Kereta yang rosak dan berkarat itu dibeli dengan harga USD800,000 atau bersamaan dengan RM3,283,280.

Mercedes-Benz 300SL Roadster 1961

Sudah pasti pembelinya mesti melakukan proses pemulihan sepenuhnya untuk 300SL yang dikatakan ditemui di sebuah gudang rahsia. Kereta itu disyaki menjadi salah satu daripada 256 buah 300SL Roadster yang pernah dihasilkan.

Mercedes-Benz 300SL Roadster 1961

Mercedes-Benz 300SL Roadster 1961 ini juga dikatakan antara salah satu dari 101 kereta yang bewarna biru terang, dengan kod #354. Ketika ia dijual, kereta itu disertakan dengan dokumen bil penjual asal kereta, manual pemilik, dan timbunan rekod perkhidmatan bertarikh tahun 1968.

Mercedes-Benz 300SL Roadster 1961

Menurut dokumen itu, kereta itu pertama kali dibeli oleh pemilik pertamanya pada 20 Jun 1961. Menariknya, odometer kereta lama tertera dengan angka 121,713 kilometer.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here