Hyundai dan Uber bekerjasama perkenalkan teksi terbang

1562

Barisan pengeluar automotif telah mula bersedia untuk trend baru, sebagai tambahan kepada kereta elektrik. Ianya adalah kereta terbang. Salah satu yang telah memperkenalkannya adalah Hyundai dengan memperkenalkan teksi terbang.

Dipamerkan di Consumer Electronics Show 2020 (CES), teksi terbang Hyundai adalah hasil kerjasama pengeluar kereta dari Korea Selatan itu dengan Uber. Kedua-dua pengeluar membuat demo jentera ini semasa berlepas dan pendaratan menegak yang diadakan di Las Vegas.



Dinamakan S-A1 dan semasa membuat demo, pengeluar kereta dari Korea Selatan ini menggunakan unit prototaip yang dirancang untuk menjadi pangkalan armada teksi yang akan dikendalikan oleh Uber.

teksi terbang

Teksi terbang S-A1 mempunyai empat tempat duduk dan dikendalikan dengan menggunakan empat kipas. S-A1 juga boleh terbang mendatar dengan menggunakan empat kipas yang lain.

Pada awal operasi, jentera ini dikatakan masih menggunakan tenaga manusia sebagai pemandu. Tetapi pada masa akan datang, teksi terbang ini diramalkan tidak lagi memerlukan tenaga kerja manusia dan menjadi kenderaan autonomi.

teksi terbang

“Visi kami, Urban Air Mobility akan mengubah konsep pengangkutan bandar,” kata Executive Vice President and Head of Hyundai’s Urban Air Mobility (UAM) Division, Jaiwon Shin.

Jentera ini mempunyai kelajuan hingga 290 km/j dan boleh terbang hingga ketinggian 600 meter. Ia juga mampu terbang dengan ketinggian hingga 1,000-2,000 kaki (300-600 meter). Sistem elektrik menjadikannya mampu terbang sejauh 100 kilometer.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here