Boeing bekerjasama dengan Porsche untuk kenderaan terbang elektrik

2059

Pembuat kapal terbang Amerika Syarikat (AS), Boeing berkata pada Khamis bahawa ia telah bekerjasama dengan jenama kereta sports di bawah kumpulan Volkswagen iaitu Porsche, untuk membangunkan konsep kenderaan terbang elektrik yang mampu membawa penumpang di kawasan bandar.

Imej: Orocobre

Boeing telahpun bersaing dengan Airbus dan beberapa syarikat lain untuk memperkenalkan kenderaan terbang automatik kecil yang mampu berlepas dan mendarat secara menegak.

Awal tahun ini, pengeluar kapal terbang itu menjalankan penerbangan ujian sulung sebuah prototaip kereta terbang. Kenderaan itu mampu memuatkan dua hingga empat penumpang dan terbang sehingga 80km.



Penerbangan ujian itu adalah dalam masa beberapa bulan selepas Airbus mempamerkan prototaip kenderaan penumpang berautonomi. Projek Airbus itu bekerjasama dengan jenama premium kumpulan Volkswagen, iaitu Audi. Kenderaan itu mampu terbang dan dipandu di darat.

Porsche telah berhajat membina kenderaan terbang elektrik yang boleh digunakan sebagai teksi dan tujuan ride-sharing (perkongsian kenderaan). Sebagai sebahagian dari itu, Boeing dan Porsche akan menganalisis potensi pasaran untuk kenderaan terbang dan kemungkinan untuk kegunaan di bandar besar yang padat.

Kerjasama ini berlaku pada masa yang kritikal untuk Volkswagen dan Boeing.

Boeing 737 MAX. Imej: Business Insider

Pengeluar kereta Jerman itu cuba membaik-pulih semula imejnya selepas skandal emisi diesel. Boeing pula kini bergelut dengan krisis terburuknya sejak dua kejadian 737 MAX terhempas yang menyebabkan operasi pesawat penumpang terlaris itu dihentikan di seluruh dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here