Hino Smart Driving Contest tingkat kemahiran pemandu trak

1525

Dengan respon positif yang diperoleh, Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd sekali lagi mengadakan Hino Smart Driving Contest. Pertandingan yang diadakan di Hino Total Support Customer Centre (HTSCC) di Sendayan itu adalah untuk mempromosi program Hino Smart Driving.

Hino Smart Driving Contest

Hino Smart Driving Contest yang berlangsung selama dua hari itu menyaksikan 25 pemandu trak Hino dari 13 syarikat untuk sama-sama bersaing dan membentuk kemahiran di kalangan mereka. Pemandu-pemandu tersebut diuji melalui beberapa cabaran dan program yang merangkumi ujian teori dan praktikal.

Menggunakan pusat latihan pertama Hino yang dibuat di luar Jepun, pemandu trak Hino kini boleh meningkatkan kemahiran mereka terutamanya dalam pengendalian jalan raya, keselamatan dan teknik pemanduan menjimatkan bahan api.

Jom Baca:   Hino rai penyerahan trak ke-100,000

Di bawah seksyen teori, para peserta perlu menjawab beberapa soalan am mengenai keselamatan dan pengetahuan pemanduan.

Untuk bahagian pemanduan, terdapat 7 sesi yang merangkumi simpang S, parkir garaj, kursus engkol, parkir tepi, kursus patah balik, naik/turun bukit dan brek kecemasan di jalanraya basah.

Kemudian untuk pemeriksaan kenderaan harian, para peserta perlu melengkapkan satu pusingan pemeriksaan trak yang meliputi brek, enjin, klac, kebocoran minyak, penglihatan, peralatan elektrik dan tayar.

Hino baru-baru ini melancarkan trak Hino 300 Series yang kini dinaiktaraf dari jaminan 3-tahun/100,000km kepada 5-tahun/200,000km sebagai usaha meningkatkan sokongan lepas jualannya.

Jom Baca:   Trak berat Hino 700 Series dengan transmisi AMT diperkenal

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here