Adakah ini lakaran Volkswagen Golf Mk8?

2105

Volkswagen telah mempertontonkan penggayaan luaran dan dalaman untuk Volkswagen Golf MK8 dengan sepasang lakaran rasmi. Kereta itu akan dilancarkan akhir bulan ini, menurut Autocar.

Walaupun prototaipnya telah diintip melakukan ujian, lakaran ini memberikan gambaran bagaimana Volkswagen Golf MK8 itu akan kelihatan nanti.



Luarannya menunjukkan Golf masih mengekalkan rekaan klasik, walaupun lampu depan direka semula dengan strip nipis di depan. Bampar depan dan gril juga direka semula. VW menjanjikan rekaan itu “lebih dinamik dari sebelumnya”.

Lakaran bahagian dalaman pula menunjukkan perubahan lebih besar. Ia mempunyai kawalan fizikal yang diintegrasi ke dalam skrin sesentuh di tengah, yang diletak agar kelihatan beralun lancar dari paparan instrumen digital di depan pemandu.

Ia juga menunjukkan corong pendingin hawa disusun dalam strip halus yang memanjang di papan pemuka, yang akan mendapat lampu padanya. VW menerangkan rekaan dalaman ini sebagai “kokpit digital baharu”.

Prototaip ujian Golf Mk8. Imej: Autocar UK

Syarikat Jerman itu juga berkata Golf akan menampilkan rangkaian enjin cekap baharu dan teknologi suspensi baharu untuk memantapkan pengendaliannya.

Prototaip ujian Golf Mk8. Imej: Autocar UK

Golf Mk8 dikatakan bakal mempunyai dua jenis powertrain plug-in hybrid (PHEV) termasuk satu versi GT prestasi.

Tidak akan ada e-Golf elektrik kerana Volkswagen akan memfokus teknologi EVnya pada model ID 3 yang didedahkan di Frankfurt baru-baru ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here