Hino rai penyerahan trak ke-100,000

1918

Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM) meraikan satu pencapaian bermakna hari ini dengan penyerahan trak ke-100,000 unit.

Trak itu diserah kepada pelanggan tetap HMSM, iaitu Ikhasas Resources Sdn Bhd. Ia juga menunjukkan kekukuhan 40 tahun empayar Hino di Malaysia, membuktikan kestabilan produk syarikat itu di negara ini.



Pengarah urusan HMSM, Atsushi Uchiyama berkata: “Sejak penubuhan kami di Malaysia pada 1977, HMSM telah berkembang dan mencapai 100,000 unit.

“Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada industri lojistik dan pengagihan di negara ini untuk menghantar barangan dengan motto kami, ‘Menghantar Setiap Kegembiraan’”, katanya.

Serentak dengan itu, Uchiyama turut mengambil peluang menyerahkan hadiah percutian ke Jepun termasuk lawatan ke Hino Motors Limited kepada Dato’ Roslan Zainal, pengarah Ikhasas Resources sebagai hadiah penghargaan.

Trak ke-100,000 itu merupakan model Hino 500 Series FM2PN1D, sebuah trak medium-duty dengan konfigurasi 6×4.

Menurut data oleh Malaysian Automotive Association (MAA), HMSM mendapat tempat teratas dalam carta trak di Malaysia dengan pegangan pasaran 37 peratus.

Untuk segmen bas pula, syarikat itu mencatatkan pegangan pasaran lebih dari separuh, sebanyak 61.9 peratus.

HMSM menyerahkan sejumlah 5,520 unit kenderaan sepanjang 2019.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here