Hafizh Syahrin masih tunggu penaja utama

1972

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah tetap positif biarpun sehingga kini dia masih belum mendapat penaja utama bagi mengharungi Kejohanan Motosikal Dunia musim ini.

Hafizh percaya penajaan yang diharapkan itu akan hadir biarpun pusingan pertama akan berlangsung kurang dua bulan bermula 8 Mac depan di Qatar.



Katanya, pintu sentiasa terbuka untuk mana-mana pihak tampil menajanya biarpun perlumbaan sudah memasuki pertengahan musim.

 “Apa yang saya boleh katakan, semua masih dalam peringkat perbincangan. Sekarang saya hanya menunggu.

“Saya terbuka menerima penajaan daripada mana-mana syarikat. Mungkin jika saya mempamerkan prestasi yang baik dalam perlumbaan, akan ada pihak yang menaja saya,” kata Hafizh ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta untuk salah satu pemain industri fesyen terkenal, Primavalet hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Primavalet, Dr Arshad Beg.

Hafizh yang akan membawa cabaran pasukan Aspar pada musim baharu nanti memberitahu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut menghulurkan bantuan buat dirinya.

Bagaimanapun, kehadiran KBS bukanlah selaku penaja utama sebaliknya sebagai tajaan sokongan bagi membantu meringankan bebannya.

“Saya tidak mengharapkan satu ‘rumah yang sangat besar’ datang kepada saya. Tapi kehadiran KBS sedikit sebanyak membantu saya seperti dapat menggunakan kemudahan di ISN (Insitut Sukan Negara) dan menjalani latihan di Eropah.,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here