Mengapa pasukan Di-Raja Johor-Polis boleh guna kereta ‘rare’ dan luar biasa? Ini sebabnya

13153

Mungkin ramai orang luar Johor yang tak tahu, Johor ialah satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai pasukan polis tersendiri.

Di-Raja Johor-Polis (mengikut susunan bahasa Inggeris) ialah polis peribadi bagi Sultan dan kaum kerabat diraja negeri Johor Darul Takzim.



Sebenarnya, Di-Raja Johor-Polis masih lagi berada di bawah Polis Diraja Malaysia, cuma yang uniknya ialah kenderaan-kenderaan seperti pada galeri dibawah ini dikurniakan secara peribadi oleh Sultan Johor kepada PDRM negeri Johor.

Oleh kerana kenderaan-kenderaan polis ini adalah kurniaan Sultan dan kerabat Diraja Johor maka Sultan Johor diberi “kebebasan” untuk memilih reka bentuk dan warna serta logo yang digunakan.

Maka sebab itu jugalah inventori pasukan Di-Raja Johor-Polis mempunyai jentera-jentera menarik dari jenama Jepun, Jerman, Amerika Syarikat dan Australia.

Jentera ini adalah seperti Nissan GT-R R35, Porsche Cayenne dan Holden Commodore SV6.

Kebanyakan dari kenderaan ini adalah berkuasa besar dan mempunyai prestasi tinggi, seperti Nissan GT-R yang dikuasakan oleh enjin 3.8-liter twin-turbo V6. Godzilla ini mempunyai kuasa sekitar 450 hingga 600hp, bergantung kepada tahun produksi.

Porsche Cayenne generasi pertama juga berkuasa lebih 400hp manakala Holden Commodore tidak kurang hebatnya, dengan 280-350hp dari enjin 3.5-liter V6.

Hasil kajian kami di internet juga menjumpai kenderaan lebih ‘rare’ seperti BMW E30 Sedan dan Ford Crown polis 1979.

Selain itu, pasukan Di-Raja Johor-Polis turut mempunyai barisan motosikal berkuasa tinggi untuk rondaan dan tujuan iringan konvoi.

Kredit: Amir Syafiq & Pencinta Dunia Ketenteraan Dan Pertahanan, HRH Crown Prince of Johor, Viral Media Johor, Polis Johor

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here