Jualan kenderaan elektrik di Amerika Syarikat menurun

1915

Pengeluar automotif di dunia kini bersaing untuk membangun dan menghasilkan pelbagai model kenderaan elektrik (electric vehicle/EV). Walau bagaimanapun, pada kenyataannya,  jualan kereta elektrik di pelbagai bahagian negara sebenarnya jatuh.

kenderaan elektrik

Menurut Los Angeles Times, terdapat 45 model kereta elektrik penuh dan plug-in hybrid yang mula dipasarkan di pasaran Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2019. Malah, jualan kereta di Amerika Syarikat hanya mencapai 325,000 unit. Angka ini turun 6.8 peratus daripada tahun sebelumnya yang mencecah jualan sebanyak 349,000 unit.



“Jumlah model kereta elektrik yang ada lebih dari dua kali ganda pada tahun lepas, tetapi penjualan EV tidak banyak berubah. Ini merupakan satu masalah,” kata pengamal automotif di syarikat perunding AlixPartners, Mark Wakefield.

Mark Wakefield

Salah satu masalahnya ialah kenderaan elektrik masih mahal berbanding kenderaan biasa. Selain itu, harga petrol kini lebih rendah dan stabil.

Sebaliknya, jualan Tesla sebenarnya meningkat. Jualan Tesla Model 3 di Amerika Syarikat melonjak 14 peratus pada 2019, dan lebih daripada dua kali ganda secara global sebanyak 300,600 unit.

kenderaan elektrik
Tesla Model 3

Walau bagaimanapun, mereka yang cuba menyaingi Tesla gagal memenangi hati pengguna di AS. Jaguar I-Pace, contohnya, hanya dijual 2,594 unit, dan Audi e-Tron mencatatkan jualan sebanyak 5,369 unit.

Alternatif lebih murah seperti Hyundai Kona dan Kia Niro, masing-masing hanya dijual 3,600 unit dan kurang daripada 1,000 unit.

Adakah trend ini akan berubah? Para pembuat kereta berharap keadaan akan berubah kerana mereka telah melaburkan berbilion dolar untuk membangunkan kenderaan hibrid dan elektrik plug-in. Sementara Tesla nampaknya masih mengekalkan penguasaannya pada pasaran EV.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here