Sistem Dual-Axis Steering (DAS) jentera Formula 1 Mercedes dilarang digunakan bermula tahun hadapan

2060

Sistem Dual-Axis Steering (DAS) pada jentera perlumbaan Formula 1 Mercedes W11 yang diperdebatkan boleh digunakan pada tahun ini, tetapi tidak untuk tahun hadapan.

Dual-Axis Steering

Sistem DAS yang ada pada jentera Mercedes W11 yang digunakan oleh Lewis Hamilton, mencuri perhatian pada ujian pra-musim Formula 1 di Barcelona pada minggu lepas.



Inovasi yang dibangunkan oleh pasukan Mercedes mendapat kebenaran daripada FIA dan boleh digunakan, tetapi tidak pada tahun hadapan.

Sistem Dual-Axis Steering (DAS) ini menggunakan lajur stereng untuk menyesuaikan perbezaan jarak antara hujung bahagian hadapan dan bahagian belakang roda hadapan.

Dual-Axis Steering

Dalam rakaman kamera onboard, terpapar Lewis Hamilton menggerakkan stereng Mercedes W11 ke hadapan dan ke belakang pada litar yang lurus dan sebelum memasuki selekoh Circuit de Barcelona-Catalunya.

Apabila Lewis Hamilton menarik stereng jenteranya, kelihatan hujung roda depan Mercedes W11 bergerak sedikit ke dalam. 

Kelebihan sistem ini ialah kelajuan ketika berada di litar yang lurus dan tindak balas ketika membelok.

Beberapa pasukan menilai sistem DAS sebagai peranti yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh FIA.

Tetapi pengarah teknikal Mercedes, James Allison berkata, sistem Dual-Axis Steering (DAS) adalah sah disisi peraturan.

Pengarah teknikal Mercedes, James Allison

FIA juga memberi kebenaran kepada pasukan Mercedes, kerana DAS hanya menggunakan lajur stereng dan hanya menukar sudut stereng roda hadapan.

Dengan syarat, inovasi ini hanya sah atau boleh digunakan dalam musim perlumbaan Formula 1 2020 sahaja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here