“Ala kau tambah sikit lagi je” – ‘Penyakit’ masa nak beli kereta baru

561

Satu Perkongsian dari Facebook Harith Faisal mengenai lumrah orang kita bilamana hendak membeli kenderaan baru menarik minat kami dan ramai netizen.

Antara perkongsiannya seperti berikut:-

Anak muda, kalau nak beli kereta jangan bagitau kat kawan-kawan kau. Nanti kau nak kena hadap penyakit “tambah sikit lagi”. Bahaya penyakit ni guys.

Myvi Baharu

Macam ni, pada awalnya kau memang nak beli Myvi dengan bayaran bulanan RM600. Tapi, kau saja-saja sembang dengan kawan kau,

“Eh Mat, aku ingat nak beli kereta lah. Tak larat dah aku naik motor berhujan berpanas. Myvi baru okaylah kan.”

Maka, kawan kau akan kata,

“Okay je. Tapi, kalau tambah sikit lagi dah boleh pakai Honda Jazz wei”.

Kau fikir, betul juga tu. Just tambah RM200 saja pun. Apalah sangat.

Lepas tu kau pergi bagitau kat kawan lain yang kau nak beli Honda Jazz. Boleh pula dia kata,

“Jazz tu keciklah. Kau tambah sikit lagi dah boleh pakai City. Tapi low spec lah.”

Kau rasa logik apa yang dia kata tu. Tambah lagi RM100 dah boleh pakai Honda City. Dahlah kereta besar pulak tu. Terus kau lupa yang gaji kau RM3,000 je.

Haha!

Kau pun pergi ke show room dan test drive. Boleh pulak salesman tu cakap macam ni,

“Tambah sikit je bang. Takkan orang hensem macam abang, pakai City low spec je. Ni bukan level-level abang lah.”

Kau pun blushing, sebab kau rasa memang kau hensem pun. Orang puji kau, takkan kau tak termakan dengan pujian dia kan.

Akhirnya, kau kena hasut dengan salesman tu supaya beli Honda City full spec bayar bulanan RM1,000. Done booking!

Tamat.

Tapi, Honda memang bergaya jugak pun. Hehe.

Kredit: Harith Faisal

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here