Pendapatan tahunan CEO Fiat, Mike Manley cecah RM61.16 juta

1010

Ketua Pegawai Eksekutif Fiat Chrysler Automobiles NV (FCA) Mike Manley, telah mendedahkan telah menerima bayaran sebanyak 13.28 juta Euro (RM61.16 juta) pada 2019. Ini adalah selaras dengan perjanjian yang ditetapkan oleh syarikat itu.

Mike Manley
Ketua Pegawai Eksekutif Fiat Chrysler Automobiles NV (FCA), Mike Manley

Pampasan bagi Manley, termasuk gaji pokok 1.43 juta Euro (RM6.5 juta), bonus 1.2 juta Euro (RM5.5 juta) dan insentif jangka panjang berjumlah 8.8 juta Euro (RM40.5 juta). Manley mengambil alih jawatan itu pada tahun 2018 setelah kematian CEO sebelumnya iaitu Sergio Marchionne.

Fiat Chrysler dan pengeluar Peugeot PSA bersetuju pada Disember 2019 untuk bergabung dalam perjanjian USD50 bilion (RM210 bilion) untuk mewujudkan pengeluar kereta nombor 4 di dunia, menanggapi permintaan global yang lebih perlahan dan kos untuk membangunkan enjin kenderaan dalam peraturan emisi yang lebih ketat.



Pada masa ini, kedudukan Manley belum lagi disahkan oleh syarikat gabungan tersebut.

Terdahulu, Manley berkata perbincangan dengan PSA telah mendapat kemajuan yang baik. Beliau berharap dapat menyelesaikan perjanjian pada awal tahun 2021.

Sebaliknya, Pengerusi FCA, John Elkann dilaporkan hanya menerima gaji pokok sebanyak 893,000 Euro (RM4.1 juta) dan pampasan jangka panjang sebanyak 2.28 juta Euro (RM10.5 juta), sebagai sebahagian daripada jumlah pampasan sebanyak 3.85 juta Euro atau bersamaan dengan RM17.7 juta.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here