PKP: Enggan patah balik sekatan jalan raya, cabar polis bertumbuk

3404

Seorang lelaki menjadi individu pertama ditahan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan akibat melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lelaki terbabit ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Kuala Pilah- Batu Kikir, berhadapan Klinik Kesihatan Juasseh, petang semalam.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, lelaki berumur 37 tahun itu ditahan pada 3.40 petang selepas enggan memberi kerjasama untuk berpatah balik.



“Suspek dipercayai dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menghala ke Gebeng Kuantan, Pahang bagaimana pun gagal mengemukakan surat kebenaran pergerakan daripada pihak polis.

“Suspek juga bertindak memaki hamun dan mencabar anggota polis bertugas untuk bertumbuk,” katanya.

Amran berkata, permohonan reman terhadapnya akan dibuat di Mahkamah Seremban, pagi ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here