Covid-19: PKP Fasa 2 bermula Rabu ini, kereta persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja, 6 pagi – 10 malam

9895

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua berkuat kuasa Rabu ini.

Bagaimanapun, PKP Tahap 2 ini berbeza daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Simpang Renggam dan Hulu Langat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Ini ketetapan yang dikeluarkan membabitkan:



  1. Operasi stesen minyak diterhadkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
  2. Perkhidmatan Penghantaran Makanan (Delivery) juga dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. 
  3. Waktu operasi pengangkutan awam dari 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam sahaja.
  4. Kenderaan persendirian hanya dibenarkan di antara jam 6 pagi sehingga 10 malam, termasuk perkhidmatan E-Hailing dan teksi. 
  5. Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan.
  6. Pengangkutan komersial membabitkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan digalakkan beroperasi dari 7 malam sehingga 7 pagi. 
  7. Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian. 
  8. Kelonggaran diberi kepada golongan Autism dan Kurang Upaya (OKU) untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar dan ini tidak dibenarkan secara berkumpulan.
  9. Kerajaan menggalakkan orang ramai supaya membuat pembelian secara dalam talian (online).
  10. Restoran dan Kedai Makan boleh beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
  11. Kerajaan memutuskan harga siling topeng muka iaitu RM1.50. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau pematuhan harga siling baharu ini.
  12. Semua premis perniagaan yang menjual keperluan harian termasuk Pasar Raya dan Pasar dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

1 KOMEN

  1. Adakah pengangkutan awam yang dimaksudkan boleh beroperasi ini termasuk pengangkutan awam seperti bas express ataupun bas yang boleh keluar daerah?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here